Saya baru sahaja menamatkan pengembaraan berupa percutian
selama 9 hari kira2 seminggu yang lalu. Mengambil peluang cuti CNY yang
panjang, saya telah mngusulkan idea kembara ini kepada seorang rakan yang lebih
senior tentang selok belok berkembara. Untuk trip ini, saya bersama rakan saya
saudara Dr. Farhan, yang saya kategorikan sebagai pengembara tegar dan
sememangnya telah mempunyai banyak pengalaman sebagai pengembara.
Pengembaraan kami bermula di KLIA2 ke Pulau Langkawi ke
Perlis ke Hatyai ke Koh Lipe dan kemudian berpatah balik dari Hatyai ke KL. Laluan
yang diambil adalah laluan biasa yang sering digunakan pengembara lain yang
boleh didapati di internet dengan sedikit usaha. Yang ingin saya tulis di sini
bukanlah tentang details pengembaraan kerana semuanya adalah lebih kurang sama
jika dibandingkan dengan carian di internet kerana kami juga merancang melalui
carian dan kajian blog2 travel juga. Tetapi pengisian ketika pengembaraan
adalah sesuatu yang berbeza yang akan dialami oleh setiap pengembara.
Semasa mengembara, saya dapati yang saya boleh berfikir
tentang banyak benda secara lebih rasional. Mungkin kerana keadaan santai
percutiaan yang jauh dari tekanan kerja dan persekitaran yang asing yang kita
tak perlu ambil peduli.
Mengembara secara duo pada pendapat saya adalah paling ideal
kerana bilangan 1 mungkin terlalu sunyi manakala 3 dan seterusnya menjadi
beban. Jika berdua sikap toleransi lebih terbuka, kata sepakat lebih senang
dicapai.
Secara keseluruhannya, pengembaraan pada kali ini yang mana
pertama kali bagi saya sampai ke destinasi2 tersebut merupakan satu kejayaan
peribadi yang akan menjadi memori indah untuk disimpan sebagai sebahagian daripada liku2 hidup.
Cerita2 semasa pengembaraan akan saya tulis pada entri yang
seterusnya. Saya juga tidak berfikir untuk memuatkan gambar di sini, kerana
semuanya sudah dimuatnaik di akaun Instagram.
No comments:
Post a Comment