"Kau sekarang dah kerja, dah ada kereta sendiri. Mesti best".
"Tak jugak. Kadang2 rasa bosan tak tau nak pergi mana. Duduk rumah je kalau cuti. Kawan pun tak ada". Jawab aku menerangkan situasi semasa. Sudah lama aku tak berbual dengan sahabat aku yang ini.
"Sekali sekala, kau pandu la kereta pergi masjid, berjemaah. Cari kawan, cari ilmu, cari Tuhan kat sana". Hanya senyuman dilemparkan tanpa mengulas panjang.
Dalam. Pipi bagai ditampar. Selama ni selalu mengadu bosan, tak tau nak buat apa masa cuti, tapi tak pernah fikir berapa kali aku pandu kereta ke masjid. Seminggu sekali untuk Solat Jumaat, ya. Selebihnya hanya di rumah atau di surau shopping complex.
Betul lah, demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Tuhan bagi rezeki boleh beli kereta, 'add on' masa terluang bila cuti, susah sangat ke nak pergi berterima kasih pada Dia?
Bila tanya hobi, pandai cakap suka travel, tapi nak travel ke masjid yang jaraknya 10 minit pun malas. Kalau nak ke luar negara kita boleh rancang perjalanan sebulan awal, tak boleh ke rancang sebelum tidur nak ke masjid esoknya untuk berjemaah subuh?
“Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?” [Surah Ar-Rahman : 13]
Betul lah, demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Tuhan bagi rezeki boleh beli kereta, 'add on' masa terluang bila cuti, susah sangat ke nak pergi berterima kasih pada Dia?
No comments:
Post a Comment