Thursday, March 5, 2015

Pengembara bukan penggembala


Saya baru sahaja menamatkan pengembaraan berupa percutian selama 9 hari kira2 seminggu yang lalu. Mengambil peluang cuti CNY yang panjang, saya telah mngusulkan idea kembara ini kepada seorang rakan yang lebih senior tentang selok belok berkembara. Untuk trip ini, saya bersama rakan saya saudara Dr. Farhan, yang saya kategorikan sebagai pengembara tegar dan sememangnya telah mempunyai banyak pengalaman sebagai pengembara. 

Pengembaraan kami bermula di KLIA2 ke Pulau Langkawi ke Perlis ke Hatyai ke Koh Lipe dan kemudian berpatah balik dari Hatyai ke KL. Laluan yang diambil adalah laluan biasa yang sering digunakan pengembara lain yang boleh didapati di internet dengan sedikit usaha. Yang ingin saya tulis di sini bukanlah tentang details pengembaraan kerana semuanya adalah lebih kurang sama jika dibandingkan dengan carian di internet kerana kami juga merancang melalui carian dan kajian blog2 travel juga. Tetapi pengisian ketika pengembaraan adalah sesuatu yang berbeza yang akan dialami oleh setiap pengembara.

Semasa mengembara, saya dapati yang saya boleh berfikir tentang banyak benda secara lebih rasional. Mungkin kerana keadaan santai percutiaan yang jauh dari tekanan kerja dan persekitaran yang asing yang kita tak perlu ambil peduli. 

Mengembara secara duo pada pendapat saya adalah paling ideal kerana bilangan 1 mungkin terlalu sunyi manakala 3 dan seterusnya menjadi beban. Jika berdua sikap toleransi lebih terbuka, kata sepakat lebih senang dicapai.

Secara keseluruhannya, pengembaraan pada kali ini yang mana pertama kali bagi saya sampai ke destinasi2 tersebut merupakan satu kejayaan peribadi yang akan menjadi memori indah untuk disimpan sebagai sebahagian daripada liku2 hidup.

Cerita2 semasa pengembaraan akan saya tulis pada entri yang seterusnya. Saya juga tidak berfikir untuk memuatkan gambar di sini, kerana semuanya sudah dimuatnaik di akaun Instagram.




Tuesday, February 10, 2015

hashtagdalam

"Kau sekarang dah kerja, dah ada kereta sendiri. Mesti best".

"Tak jugak. Kadang2 rasa bosan tak tau nak pergi mana. Duduk rumah je kalau cuti. Kawan pun tak ada". Jawab aku menerangkan situasi semasa. Sudah lama aku tak berbual dengan sahabat aku yang ini.

"Sekali sekala, kau pandu la kereta pergi masjid, berjemaah. Cari kawan, cari ilmu, cari Tuhan kat sana". Hanya senyuman dilemparkan tanpa mengulas panjang.

Dalam. Pipi bagai ditampar. Selama ni selalu mengadu bosan, tak tau nak buat apa masa cuti, tapi tak pernah fikir berapa kali aku pandu kereta ke masjid. Seminggu sekali untuk Solat Jumaat, ya. Selebihnya hanya di rumah atau di surau shopping complex
Betul lah, demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Tuhan bagi rezeki boleh beli kereta, 'add on' masa terluang bila cuti, susah sangat ke nak pergi berterima kasih pada Dia?

Bila tanya hobi, pandai cakap suka travel, tapi nak travel ke masjid yang jaraknya 10 minit pun malas. Kalau nak ke luar negara kita boleh rancang perjalanan sebulan awal, tak boleh ke rancang sebelum tidur nak ke masjid esoknya untuk berjemaah subuh?

“Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?” [Surah Ar-Rahman : 13]

Saturday, January 17, 2015

Dia Tulis



Pernah terfikir tak kalau semuanya dah dituliskan, jika sudah takdir, kenapa berusaha?

Bila sesuatu yang dibuat tidak berjaya, kita berkata sudah takdir begitu, terima sahaja.

Jadi mengikut logik akal cetek semuanya sudah ditetapkan, jadi kita hanya go with the flow. Tiada kebebasan untuk memilih atau freedom of choice in our life.

Kalian. Mari faham konsep takdir. Allah mempunyai pengetahuan ilmu ghaib, tentang masa hadapan. Sebelum kita melakukan sesuatu Dia sudah menulisnya. Sebagai contoh, anda mempunyai banyak pilihan blog atau site untuk dilayari, tapi anda memilih untuk membaca blog ini. Sebelum anda memilih untuk membaca blog ini, Allah telah tulis yang pada waktu sekian anda akan membaca blog 20 sen. Itu kuasa Allah. Tapi tidak bermakna anda tiada kebebasan untuk memilih.

Kenapa? Anda boleh memilih untuk membaca blog lain atau melayari facebook atau twitter, tapi anda yang pilih untuk berada di blog ini. Dan kerana Allah mempunyai pengetahuan tentang masa depan, Dia telah tulis sebelum anda pilih yang anda akan berada di sini.

Pilihan di tangan anda. Tapi Allah sudah tahu apa yang anda akan buat. Begitulah dikatakan takdir.


Nota: olahan dari ceramah Dr Zakir Naik perkongsian rakan di facebook.

Friday, January 16, 2015

Cuba Tanya



Biasanya pada pukul 1 tengah hari setiap Jumaat aku akan meminta staff di kaunter untuk tidak lagi mendaftar kes. Hanya selepas pukul 2. Peluang ini aku ambil untuk berjalan ke masjid yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kerja.

Sambil aku berjalan aku lihat ramai warga asing yang turut bergegas berjalan menuju arah dan jalan yang sama seperti aku. Cuma aku berjalan rentak santai manakala mereka seperti terburu-buru mengejar sesuatu.

Separuh jalan, aku melihat penjual nasi ambeng warga tempatan masih giat melayan pelanggan. Mereka tidak menunjukkan tanda-tanda seperti mahu bersama kami menuju arah yang sama. Seperti tidak mahu berganjak dari tapak gerai mereka.

Aku cuba bandingkan 2 golongan ini. Warga asing yang mengharapkan rezeki dari Tuhan dan warga tempatan yang mengharapkan rezeki dari pelanggan.

Sebenarnya, siapa yang beri rezeki?

Wednesday, January 14, 2015

Melayu,Anjing

 
"You Melayu ka?"
"Ya, saya Melayu." Sengih. Soalan yang sudah pernah aku ditanya. Banyak kali. Dan aku sudah boleh menjangka soalan seterusnya.
"You tak takut anjing ka? Boleh pegang ka?"
"Kalau anjing you garang saya takut juga." Jawabku cuba berseloroh.
"Tak ada masalah untuk pegang, tapi nanti saya kena basuh tangan bersih-bersih la. Itu saja."
"Bukan orang Melayu tak boleh pegang ka? Nanti dosa. Kawan saya cakap. Betul ka?"
"Berdosa kalau tak basuh bersih-bersih."
"Oh, kenapa Melayu semua takut anjing?"
"Sebab mereka malas mau basuh bersih-bersih." Jawabku selamba. Aku rasa itu relevan.




Tuesday, January 13, 2015

Awak bila?



"Dah kerja?"
"Alhamdulillah, dah beberapa bulan start."
"Bagus. Bagus. Boleh kahwin la lepas ni."
Senyum. "Duit pun tak ada nak kahwin, mana boleh."
"Kenapa nak risau pasal duit, kahwin tu kan tambah rezeki. Rezeki awak dan rezeki pasangan masing-masing dah ditetapkan. Sepatutnya tak timbul kerisauan pasal takut jadi miskin. Kalau nak buat benda baik, InshaAllah dipermudahkan."

Dalam hati, betul jugak kata pak cik ni. Tapi ada satu lagi masalah, calon tak ada. Nak bercinta takut terluka. Juga tiada yang sudi menerima. Maklumlah, tiada rupa.

Namun jangan dilupa seperkara, jodoh itu di tangan Dia. Terbaca satu tweet tulisan seorang hamba;

"Jaga hubungan dengan Allah dulu, sampai masa, Dia hantar kepada kamu pasangan yang sudah tertulis di Luh Mahfuz."


Monday, January 12, 2015

Izinkan saya

Salam.

Orang putih kata 'straight to the point', aku sebenarnya bercita-cita nak tulis buku, tapi aku fikir lebih baik aku start dengan tulis blog dulu. Lebih ringan, kurang beban. Kalau tak berjaya tak apa, sekurang-kurangnya aku mencuba. Betul tak? Jadi untuk seterusnya nanti korang tunggu sahaja lah. Tak suka tak apa, kita tak paksa baca atau jadi follower.

Okay, sehingga nanti.